LUTFI SYAFIQ

Saturday, July 28, 2012

Mango Ice Blended special

Salam. Semakin panas hari ni. Tekak semakin haus sementara menunggu waktu berbuka nanti. Masih tercari-cari menu minuman yang sesuai? Cuba hasilkan resepi ni.

mango ice blended

Bahan-bahan:

  • Sebiji mangga ranum
  • Susu cair
  • Sedikit esen vanilla
  • Gula secukupnya
  • Buah koktel atau Nata de coco
  • Ais kiub

 

Caranya:

  1. Masukkan isi mangga, ais kiub, esen vanilla, gula dan susu cair ke dalam blender dan kisar.
  2. Masukkan koktel dan nata de coco ke dalam gelas kemudian tuang ais yang telah dikisar tadi.
  3. Sedia dihidangkan.

Minuman Jelly Koktel

Salam. Anda masih tercari-cari menu sesuai untuk dijadikan pembasah tekak untuk berbuka petang nanti? Sini ada satu menu yang simple dan sangat sesuai untuk anda jadikan minuman ketika berbuka. Saya katakan menu ini mudah kerana, kita hanya perlu campurkan bahan yang sedia ada untuk diminum.

Gambar hiasan daripada blog sitidelima.com

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 paket jelly / sumi

1 tin susu cair

1 tin koktel buah campur

ais kiub

Cara-cara:

Campurkan semua sekali di dalam satu bekas dan sedia dihidangkan.

Mudah kan? Anda patut cuba! :)

Sotong Tempura Berempah

Salam. Selamat hujung minggu semua :) Time hujung minggu macam ni memang best masak-masak kat rumah kan? Haha, aku ni memang jenis kaki masak. So, kali ni aku nak share dengan korang macam mana mau buat sotong goreng tepung. Tapi aku olah sikit tepung tu kasi berempah sikit. Baru laa harum! Hehe.

sotong berempah

Bahan-bahan:

  • sotong
  • 10 sb tepung tempura
  • sedikit halba campur
  • sedikit lada hitam
  • garam secukup rasa (kalau tepung tempura sudah masin, jangan tambah garam)
  • air ais

Cara:

  1. Campur semua bahan kering dalam satu bekas.
  2. Bancuh dengan air ais. (kasi pekat sikit jangan terlampau cair)
  3. Celup sotong dalam tepung yang sudah dibancuh dan goreng sampai garing.
  4. Boleh dihidangkan bersama sos thai.

Simple kan? Tau tak kenapa aku guna air ais? Sebab nak kasi rangup. Ini petua tau. INGAT!

Selamat mencuba :)

Masak Tempoyak Ikan Patin

Salam.  Bulan puasa ni, mesti ramai antara kita yang nak makan masakan kampung kan? Ok, hari ni aku nak share resepi ikan patin buat masak tempoyak. Anda rasa susah tak? Simple jer sebenarnya. Tak susah pun ok. Yang penting kita kena rajin. Kat bawah ni ada gambar yang saya snap lepas saya masak hari tu. Sedap tau! Saya upload gambar kat sini nak bagi korang hidu aromanya ok! Haha.

masak tempoyak ikan patin

Resepinya yang saya dah olah sesikit seperti di bawah:

Bahan kisar:

  • 6 biji cili padi (orang Kedah panggil cabai Melaka)
  • 1 labu bawang besar.
  • sedikit kunyit hidup.

Bahan lain:

  • bunga kantan.
  • daun cenohom (tak pasti korang panggil daun apa. daun selom kot)
  • garam dan gula secukup rasa.
  • tempoyak secukupnya.
  • seekor ikan patin

Cara-caranya:

  1. Panaskan periuk.
  2. Masukkan bahan kisar dan tunggu naik bau.
  3. Tambah air lebih kurang 1 jag.
  4. Masukkan daun cenohon dan bunga kantan. Rebus sehingga wangi.
  5. Masukkan tempoyak garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan ikan patin.
  7. Tunggu sehingga masak.

Amacam? Senang ja kan? Try la buat! Sedap beb!

Wasalam

Spagetti Carbonara

Salam. Sini ada satu resepi mudah daripada saya. Kira macam fast food lah jugak kot. Hehe. Bagi yang suka spagetti tu, jom try buat resepi ni. Lain sikit daripada bolognese. Jemu jugak kalau asyik makan spagetti bolognese ja kan?

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
1 tin cendawan butang
1 tin Prego Carbonara (tin biru)
ayam cincang
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
spagetti
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
2. Masukkan cendawan butang dan ayam cincang.
3. Masukkan kuah Prego.
4. Tambah sedikit air dan garam kalau kurang masin.
5. Siap!

spagetti carbonara

Gambar hiasan daripada Google

Amacam? Simple ja kan? Kalau tak guna sos Prego, memang lambat la sikit kerjanya sebab nak kena hasilkan roux bagai. Anda beli ja sos Prego kat supermarket berhampiran.

Selamat Mencuba!

Puding Roti

Salam. Lapar tak? Mesti laa kan? Hujung minggu macam ni apa kata anda semua try resepi simple daripada saya. Bread Butter Pudding atau Puding Roti. Mudah saja.

puding roti

Bahan-bahan yang korang perlukan:

10 keping roti gerdenia (boleh lebih boleh kurang ikut saiz loyang)
Susu penuh krim Dutch Lady lebih kurang 3 gelas
4 biji telur
6 sudu besar gula
Mix fruits atau kismis
Sedikit butter
Sedikit vanilla esen

Cara-cara:
1. Sapukan butter pada setiap kepingan roti kemudian potong roti tersebut mengikut cita rasa anda. Susun cecantik dalam loyang dan tabur kismis.
2. Pukul telur dengan gula sampai sebati dan masukkan esen vanila.
3. Panaskan sekejap susu tapi jangan sampai mendidih kemudian tuang ke dalam adunan telur dan gula tadi. Kacau sebati.
4. Tuang adunan telur, gula dan susu tadi ke dalam loyang yang anda dah susun roti tadi. Biarkan kembang selama 15 minit.
5. Bakar dalam oven selama 30 minit dengan suhu 180 degree selsius.

Ok, bila dah masak, tunggu sejuk dulu tau sebelum potong. Nak sedap lagi, makan dengan vanila sos atau coklat sos. Sorry saya tak sempat nak buat sos. Makan begitu sahaja pun dah sedap. Hehe.

Selamat mencuba resepi daripada saya :) 

Puding Jagung

Salam. Hurm, kalau time petang-petang mesti tekak rasa kering, tawar, pahit dan loya semua ada kan? (lelebih pulak rasanya). Kalau dapat puding best ni. Tambah-tambah puding yang semalaman dalam peti sejuk. Lagi terbaik! Sekarang ni aku nak share resepi puding jagung dengan korang-korang yang rasa free nak memasak kat rumah time-time gini. Resepi ni simple, cepat dan mudah ok. Pergi usha kat bawah ok :)

pudingjgungkini6

Gambar kat atas daripada carian Google. Maaf yer takde gambar yang aku snap sendiri.

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara mudah:

  • Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  • Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  • Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan.
  • Korang boleh laa topping dengan apa-apa topping yang korang suka. (aku prefer topping dengan   jagung dalam tin plus susu pekat).

    Amacam? Terliur tak? Jom cuba!